Thursday 10 August 2017

Bacelor Sastera Bahasa Jerman UPM

Hallo!
Guten Tag und Guten Morgen uolls..



Okay,kenapa Schwester (hakak) tetiba cakap bahasa Jerman ni??? Sebab tajuk yg nk dikisahkan atau apa yang kita nak mengumpat hari ini ialah berkaitan Bachelor Of Arts in German Language aka Bacelor sastera Pengkhususan Bahasa Jerman di UPM. Bacelor sastera bahasa asing di UPM ni ada 3 tau.First,bahasa jerman,perancis dan bahasa Arab.Tapi iols xpasti jika bahasa arab itu kategori bahasa asing ke atau tidak.Iols hentam je.and satu lagi mungkin ada bahasa lain yang sis tertinggal..Tapi yang nak distorykan disini ialah mengenai bacelor sastera bahasa asing iaitu bahasa jerman.

So,bahasa jerman ni sis sempat lah belajar 2 sem iaitu setahun sebelum bertukar program.Sebenarnya x nak cerita pun,buat malu je.Sebab sis xpandai subjek bahasa jerman sebab tu tukar ke program lain.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ช.hehe.walau bagaimanapun tibe2 sis nak mengenang kembali memori silam tu jadi sis nak cerita la dekat sini.Kalau ada ex course mate yang baca ni,buat2 xtahu je la ye.Buat2 kenal2 x kenal dahlah ye..heheHehe.๐Ÿ˜‚

Okay! Program ni ialah selama 3.5 tahun which is 7 semester.okay spe yg dah ter read post ni,sis edit balik kat part ni ya.7 sem ni semua kelas ye.bukan 6 sem kelas 1 sem praktikal.salah info.haha.so bila korang akan praktikal? intern tu antara sem 6 dan 7.tempoh dia sis xthu mungkin 3 bulan mgkin 2 bulan.So apa yang korang semua akan belajar bila ambik kos ni ialah bukan nya basic sahaja tetapi secara menyeluruh.Dari A sampai Z mengenai Bahasa,budaya,ekonomi,etc Germany.Jangan pandang rendah pada kos ni tau,dengar macam biasa je kan tapi bagi sis la sape yang boleh survive dalam kos ni memang sis salute la sebab yang mereka2 ambik kos ni diaorang belajar memang dahsyat.Subjek semuanya tough tapi dalam masa yang sama best kalau korang boleh enjoy dan rasa gembira masuk kelas bahasa jerman ni.

So program ni mengandungi pelbagai subjek mengenai Germany.hehe.Ok,apa yang sis ingat ingat lupa,antara subjek sem 1 program ini ialah Bahasa Jerman 1.btw,sem 1 korang chill lagi tau.Belajar yang tu je dulu.Subjek bahasa jerman 1 ni macam belajar asas2 je dlu cth; mengira dalam bahasa,kenal dulu perbezaan maskulin,feminine dan natural iaitu das der die tu la and belajar buat ayat simple2.Walaupun ni baru asas tapi boleh tahan pening jugak laa..hehe tapi yang pening nya dalam kelas tu sis sorang je,yang kawan2 sis yang lain semuanya excel.So basically korang yang bakal ambik kos ni boleh berjaya kalau rajin.

Sem kedua pula sis belajar bahasa jerman 2 upgrade dr yang no 1 tu which is lebih susah la.Yang ni dah start buat ayat payah2 and buat karangan pendek.pergh..๐Ÿ˜ƒhehe..subjek kedua plak ialah History of Germany.Ni subjek best.Sebab subjek ni memang banyak kena tengok wayang dalam kelas.Lecturer jerman korang akan selalu pasang movie jerman dan suruh korang tengok and buat macam review la apa yang dah korang belajar dari movie tu.Best tau,Favorite sis The Pianist,Stalingrad dengan apa dah yang movie last skali Adolf Hitler mati tu.Dah lupa dah.Yang Stalingrad versi Russian tu best jugak.Jadinya subjek ni sahaja yang korang akan belajar sem 2.Tapi ada jugak laa subjek lain yang korang kena beljar cthnya subje univ incl few subjek-subjek bahasa inggeris.

So sis sampai sem 2 jela belajar bahasa jerman.Sem 3 tu sis downgrade balik ke sem 1 sebab tukar kos.haha.Tapi menurut my ex coursemate laa sem 3 diaorang belajar penulisan bahasa jerman art , etc.Sem 4 plak diorang belajar komunikasi dalam bahasa jerman,business mengenai german dan ada la 2 3 subjek lagi tu.Nak dipendekkan cerita nya nanti korang akan belajar pasal Germany sampai korang rasa dah mengalir darah bangsa jerman dalam usus korang.melampau ke sis ckp ni?x melampau sebenarnya.sebab sis pun dah  fefeling lahir kat german dah sebab banyak sangat tahu.tapi tu dululah.ni dah darah melayu baliklah.haha.so, Pelancongan,ekonomi,budaya,sosial,politics,dan seangkatan dengannya sampai laa sem last tu korang dah pandai cakap jerman.Dont worry la..Seronok belajar bahasa asing ni tau kalau korang betul minat..Lecturer korang pun nati orang jerman tau.So korang dapat improve lagi laa korang punya skill bercakap tu..hehehe

So macam tu laa mengenai program bahasa jerman ni.Sis pasti peluang kerja korang yang ambik nanti ni akan meluas sebab nya kos ni korang boleh pilih minor human resources tau.plus,ad jugak minor lain ex:penterjemahan,penulisan,etc...tp mostly yang ambik bahasa jerman ni diorang ambik human resources.So peluang kerja nanti mungkin banyak di organisasi2 plus dengan korang yang boleh cakap jerman kan.lagi laa berpeluang besar nak dapat kerja.InshaAllah.


Tapi kan,hari tu sis ad jumpe cikgu sis dan dia ada cakap jugak kawan dia dulu ambil kos bahasa jugak dan sekarang dah jadi cikgu dah.xtanya la bahasa apa tapi dia cakap bahasa asing la.so kemungkinan kos ni pun korang boleh jadi cikgu.tapi maybe kena ambil baliklah kot diploma pendidikan ke apa ke.yang tu sis x pasti sangat lah..syok jugak tu.hehe apa pun good luck la untuk sesiapa yang ambik kos ni.Buat yang terbaik.jangan jadi macam hakak.pemalas.last2 kelaut tapi hakak dah nekad,walaupun iolls dah tukar program still iolls nak ambik Bahasa jerman untuk iolls punya kelas bahasa asing nanti.Rugi tau dah belajar 2 sem ,xkan nak hilang macam tu je ilmu tu kan.Hehehe apa pun viel Glรผck alles..eh betul ke??betul la kot....okay. tschรผss!

30 comments:

  1. Salam sis. Utk enroll bacelor sastera majoring in german or french, dlm UPU kna pilih apa ye. Mcm x de je course ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam rai... bia betul?adalah wak...memang dia ada khusus dah dalam upu...nama program ni kalau x silap bacelor sastera bahasa asing pengkhususan bahasa jerman..cuba awak try tgok lagi...memang ada...untuk french pun mcm tu jugak..

      Delete
  2. Asalam sis..brape pointer sekurang kurangnya layak utk memohon kursus ini bgi lepasan stpm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam....hmmm pointer brpa tu sis xpasti la...tp sis masuk kos ni melalui stpm ..result sis 2.72 je hari tu..hehehe satu je sis boleh ckp,awak apply je.mse isi upu tu awak letak je dalam pilihan awak tu.letak kos ni antara yang teratas...ni tips tau..hehe

      Delete
  3. Assalam sis, kalau interested nk ambil course pengkhususan bahasa asing ni kan, kena ada basic language tu dulu ke or is it okay kalau takde pun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. Better kalau awak ada basic la..sebabnya nanti dah belajar tu benda2 basic dah x diajar sgt dah dalam kelas..yang basic2 tu awak memang kena belajar sendiri..so better awak ada basic laa kalau x agak payah sikit awak nak catch up dlam kelaas..tapi kalau yang awak maksudkan nak apply kos ni kena ada basic ke x ,jawapannya x dak basic pun awak boleh dapat kos ni..macam sis,sis x penah belajar pun kos ni dulu masa kat skolah..tapi apply kos ni still dapat...hehehe itu laa..kalau nak apply xperlu basic pun..tapi xtahulah sekarang macam mana..crita sis ni cerita 3 tahun yang lepas..haha

      Delete
  4. Sis , budak asper boleh ke amik kos ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry wak....lamanyakan nk reply comment awak ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...msti dah msuk pun mana2 kan...btw budak asper eh? Saya x psti plak yg tu...stahu sy dip/stpm/mtrik dapat laa...xpsti yg ni....๐Ÿ˜†

      Delete
  5. Salam sis..sy ni stdnt lepasan matrikulasi dngn cgpa 2.45 je..so lyk xklau sy nk apply bacelor sastera bahsa inggeris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam awak...layak atau x tu sbnrnya bukan bdsrkan gred pun...sbbnya ad j kwn sis yg pointer 3 xdpt pun wak....lps tu ad j yg pointer 2.7 hri tu dpt kos yg awak ckp tu...maybe dia tgok kita punya gred bi yg lepas2 skali kot...so awak cuba je...mne tahu rezeki awak nk dpt...good luck ye๐Ÿ˜Š

      Delete
  6. Btw guys...sorry tau kalau saya reply lambat komen korang...bukan Sbab x menang tangan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚sebabnya sis sibuk stalk bakal imam ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œhahahah apapeun...kalau korg nak lagi cepat sis reply ptanyaan korang,korang email je sis....kalau email lagi cepat sis respon๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Šapapun tq sudi baca blog saya..

    ReplyDelete
  7. Sis saya nk tnya waktu sis ambil bachelor sastera bahasa jerman tu mostly kawan2 sis memang dah ada basic bahasa jerman ke? And lagi satu course ni bnyk lelaki ke perempuan yang ambil? Ke balance je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan ye as saya student upm kos ni. Haha satu kelas kami takde basic and we really enjoyed the class macam tadika sebab semua baru belajar hehe

      Delete
    2. Hai awak...
      Majoriti memang xda basic apa pun pasal jerman2 ni...mgkin ad laa 2 3 org yg ad basic...tp mcm sy sndiri and kawan2 lain tu kitaorg mmg xthu apa.kalau rmai laki k pempuan tu smmgnya ramai perempuan laa..heehe...kos lain pun mcm tu....kalau kos jerman ni lagi laaa....msa zaman sis hri tu perempuan 15 laki 5 k 4 dah...lupe dah๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
    3. Heheh tq cik senah tlg jwbkan....ye betul tu...mcm tadika pun ad...sbb smua benda baru kan...mengira nombor takyah cakap laa...memang tadika sbijik...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚kalau enjoy belajar inshaAllah suka laa....btw viel Glรผck frau senah im Deutsch lernen...eheheh tiberrrr

      Delete
  8. Assalam sis kalau misal dapat kos german still boleh tukar x nanti masa sem 1 ?

    ReplyDelete
  9. Wasalam...awak yg email tu kan....heheheh ok sis jawab skli lg dalam ni....
    Korang yg dapat laa kos apapun and bcadang nak tukar msa sem 1,saya xpsti boleh atau tdak kamu nak tukar sbbnya yg saya tahu syarat tukar program atleast 2semester ataupun 1tahun ke atas laa...so spe2 yg nak tukar tu kena bljr dlu 2 sem....and ada jugk yg tanya boleh k tukar masa hari dftar masuk...jawpan sy adalah sy xpsti...sorry๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™sbbnya rmai yg tye....tp sy xleh nk jwb sbb mmg sy xthu...kalau korg nk kan further explaination korg boleh kol pejabat akademik upm ataupun pergi terus ke pejabat akademik upm tanya psal ni...tp sy mmg btul2 xpsti tentang ni...hehehhe apapun good luck guys...for those yg dapat tawaran upm tu saya ucapkan tahniah...WELCOME TO UPM๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  10. sastera jerman sama tak dengan bahasa&linguistik jerman?
    saya ada dapat tawaran fll german di um. but i dont have any basics. is it fine?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak.wah tahniah dapat tawaran dekat um.๐Ÿ˜hmmm beza dia ek?saya tak pasti. Tapi macam kos drkat uom ni kan bacelor sastera bahasa jerman. So dalam kos kami tu dah ada sekali dah linguistik semua tu.tu antara subjek yang kena ambil sem berapa entah. Kami punya kos ni menyeluruh. So takda specific2 subjek yag kena beljar lebih mendalam.maybe kos kamu bahasa dan linguistik jerman tu kamu beljar more dalam konteks linguistik kot๐Ÿ˜…saya bantai agak2 je ni..hahaha saya rasa lah...membantu tak jawapan ni?๐Ÿค”๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†btw nama kos awak apa? Nama penuh dia?

      Delete
    2. And satu lagi it's okay it's fine kalau xda basic pun..mostly kami semua takda basic yang ambil kos jerman ni. Tapi ramai yang boleh perform dengan baik.jangan bimbang..nanti dalam kelas awak beljar macam budak tadika balik...start dr nombor semua tu seronok tau....sebab semua macam tu..tapi kalau tadika tu ajar satu2 la kan...dekat university nanti semua benda ajar laju2 laa..kalau ajar satu2 semester yang ke 20 baru grad laa๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚hehehhe tp don't worry laa..saya takda basic jugak..boleh dikatakan majoriti xdak basic ambil kos ni...btw viel Glรผck๐Ÿ˜€

      Delete
  11. Sorry guys...asyik typo uom kan..upm sebenarnya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™

    ReplyDelete
  12. Kalau lps spm better masuk mane dlu sebelum persue ke course ni matrik/dip/stpm....such in dilemma

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry wak baru reply..busy xsempat buka blog. btw hmm yang ni akk xtahu nak recomend yang mne. tapi akk dlu stpm je. ramai jugak kosmate akk dri asasi tesl dan ada juga dari diploma tesl dan ada juga dari matrik sains tulen. so nak cakap yang mana lagi better tu agak susah.mana2 tu xpenting kot. yang penting bila dah msuk kos ni kena belajar rajin2 lah belajar.hehe jgn jadi mcm akk malas memanjang..

      Delete
  13. Hi sis, kalau untuk pointer stpm 2.4 blh ke nak masuk barchelor sastera yang mcm ni. Muet band 4 huhu

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. as'salam sis, selalunya ramai tak yang ambil kos ni

    ReplyDelete
  16. Hi sis nk tnye..utk dptkan course ni subjek Bi spm kne dpt B ke?

    ReplyDelete
  17. Salam sis nak tanya kalau kos ni apa peluang pekerjaan yang ada ?

    ReplyDelete
  18. Hai sis , anak sy ada mohon degree linguistik German . Dia belajar bahasa jerman di sekolah menengah dlu. Nak tnya bidang kerja macam mana ye

    ReplyDelete

Resepi mudah kek marble kek majerin sukatan cawan

Assalamualaikum... Hai... Hari ni sis nak up satu resepi yang sis selalu buat dekat rumah. Resepi ni sangat mudah dan bahan2 pun tak banya...