Thursday 10 August 2017

Bacelor Sastera Bahasa Jerman UPM

Hallo!
Guten Tag und Guten Morgen uolls..



Okay,kenapa Schwester (hakak) tetiba cakap bahasa Jerman ni??? Sebab tajuk yg nk dikisahkan atau apa yang kita nak mengumpat hari ini ialah berkaitan Bachelor Of Arts in German Language aka Bacelor sastera Pengkhususan Bahasa Jerman di UPM. Bacelor sastera bahasa asing di UPM ni ada 3 tau.First,bahasa jerman,perancis dan bahasa Arab.Tapi iols xpasti jika bahasa arab itu kategori bahasa asing ke atau tidak.Iols hentam je.and satu lagi mungkin ada bahasa lain yang sis tertinggal..Tapi yang nak distorykan disini ialah mengenai bacelor sastera bahasa asing iaitu bahasa jerman.

So,bahasa jerman ni sis sempat lah belajar 2 sem iaitu setahun sebelum bertukar program.Sebenarnya x nak cerita pun,buat malu je.Sebab sis xpandai subjek bahasa jerman sebab tu tukar ke program lain.😭😪.hehe.walau bagaimanapun tibe2 sis nak mengenang kembali memori silam tu jadi sis nak cerita la dekat sini.Kalau ada ex course mate yang baca ni,buat2 xtahu je la ye.Buat2 kenal2 x kenal dahlah ye..heheHehe.😂

Okay! Program ni ialah selama 3.5 tahun which is 7 semester.okay spe yg dah ter read post ni,sis edit balik kat part ni ya.7 sem ni semua kelas ye.bukan 6 sem kelas 1 sem praktikal.salah info.haha.so bila korang akan praktikal? intern tu antara sem 6 dan 7.tempoh dia sis xthu mungkin 3 bulan mgkin 2 bulan.So apa yang korang semua akan belajar bila ambik kos ni ialah bukan nya basic sahaja tetapi secara menyeluruh.Dari A sampai Z mengenai Bahasa,budaya,ekonomi,etc Germany.Jangan pandang rendah pada kos ni tau,dengar macam biasa je kan tapi bagi sis la sape yang boleh survive dalam kos ni memang sis salute la sebab yang mereka2 ambik kos ni diaorang belajar memang dahsyat.Subjek semuanya tough tapi dalam masa yang sama best kalau korang boleh enjoy dan rasa gembira masuk kelas bahasa jerman ni.

So program ni mengandungi pelbagai subjek mengenai Germany.hehe.Ok,apa yang sis ingat ingat lupa,antara subjek sem 1 program ini ialah Bahasa Jerman 1.btw,sem 1 korang chill lagi tau.Belajar yang tu je dulu.Subjek bahasa jerman 1 ni macam belajar asas2 je dlu cth; mengira dalam bahasa,kenal dulu perbezaan maskulin,feminine dan natural iaitu das der die tu la and belajar buat ayat simple2.Walaupun ni baru asas tapi boleh tahan pening jugak laa..hehe tapi yang pening nya dalam kelas tu sis sorang je,yang kawan2 sis yang lain semuanya excel.So basically korang yang bakal ambik kos ni boleh berjaya kalau rajin.

Sem kedua pula sis belajar bahasa jerman 2 upgrade dr yang no 1 tu which is lebih susah la.Yang ni dah start buat ayat payah2 and buat karangan pendek.pergh..😃hehe..subjek kedua plak ialah History of Germany.Ni subjek best.Sebab subjek ni memang banyak kena tengok wayang dalam kelas.Lecturer jerman korang akan selalu pasang movie jerman dan suruh korang tengok and buat macam review la apa yang dah korang belajar dari movie tu.Best tau,Favorite sis The Pianist,Stalingrad dengan apa dah yang movie last skali Adolf Hitler mati tu.Dah lupa dah.Yang Stalingrad versi Russian tu best jugak.Jadinya subjek ni sahaja yang korang akan belajar sem 2.Tapi ada jugak laa subjek lain yang korang kena beljar cthnya subje univ incl few subjek-subjek bahasa inggeris.

So sis sampai sem 2 jela belajar bahasa jerman.Sem 3 tu sis downgrade balik ke sem 1 sebab tukar kos.haha.Tapi menurut my ex coursemate laa sem 3 diaorang belajar penulisan bahasa jerman art , etc.Sem 4 plak diorang belajar komunikasi dalam bahasa jerman,business mengenai german dan ada la 2 3 subjek lagi tu.Nak dipendekkan cerita nya nanti korang akan belajar pasal Germany sampai korang rasa dah mengalir darah bangsa jerman dalam usus korang.melampau ke sis ckp ni?x melampau sebenarnya.sebab sis pun dah  fefeling lahir kat german dah sebab banyak sangat tahu.tapi tu dululah.ni dah darah melayu baliklah.haha.so, Pelancongan,ekonomi,budaya,sosial,politics,dan seangkatan dengannya sampai laa sem last tu korang dah pandai cakap jerman.Dont worry la..Seronok belajar bahasa asing ni tau kalau korang betul minat..Lecturer korang pun nati orang jerman tau.So korang dapat improve lagi laa korang punya skill bercakap tu..hehehe

So macam tu laa mengenai program bahasa jerman ni.Sis pasti peluang kerja korang yang ambik nanti ni akan meluas sebab nya kos ni korang boleh pilih minor human resources tau.plus,ad jugak minor lain ex:penterjemahan,penulisan,etc...tp mostly yang ambik bahasa jerman ni diorang ambik human resources.So peluang kerja nanti mungkin banyak di organisasi2 plus dengan korang yang boleh cakap jerman kan.lagi laa berpeluang besar nak dapat kerja.InshaAllah.


Tapi kan,hari tu sis ad jumpe cikgu sis dan dia ada cakap jugak kawan dia dulu ambil kos bahasa jugak dan sekarang dah jadi cikgu dah.xtanya la bahasa apa tapi dia cakap bahasa asing la.so kemungkinan kos ni pun korang boleh jadi cikgu.tapi maybe kena ambil baliklah kot diploma pendidikan ke apa ke.yang tu sis x pasti sangat lah..syok jugak tu.hehe apa pun good luck la untuk sesiapa yang ambik kos ni.Buat yang terbaik.jangan jadi macam hakak.pemalas.last2 kelaut tapi hakak dah nekad,walaupun iolls dah tukar program still iolls nak ambik Bahasa jerman untuk iolls punya kelas bahasa asing nanti.Rugi tau dah belajar 2 sem ,xkan nak hilang macam tu je ilmu tu kan.Hehehe apa pun viel Glück alles..eh betul ke??betul la kot....okay. tschüss!

Resepi mudah kek marble kek majerin sukatan cawan

Assalamualaikum... Hai... Hari ni sis nak up satu resepi yang sis selalu buat dekat rumah. Resepi ni sangat mudah dan bahan2 pun tak banya...