Tuesday 8 November 2016

Alergi Seafood


Assalamualaikum...
haaa...kat atas ni gambar yg sis post kat ig tau.Masa sem break hari tu,sis makan besar laa sbb dh lama xbalik umah kan.Ayah sis bukan main lagi borong ketam,udang and sotong kat pasar Dungun tu.So ni my bro yg masak lauk2 ni.Ada ketam telur masin,udang masak cili kering and kerabu sotong.huhuhu...semua sedap2.Ai dah nekad dah.apa nak jadi jadi laa...sis nak melantak jugak lauk2 ni.act sis ada alergik sebenarnya dengan makanan lauk  tapi ketam udang je laa...kalau makan banyak badan akan membengkak and merah2 gatal terutamanya bahagian muka dan telinga.so that day memang sis rancang baik punya startegi kononya pas makan lauk2 ni terus makan ubat alergi.sebab biasanya kalau sis makan siang hari,malam baru bengkak semua tu.
Tapi kusangkakan panas hingga ke petang,rupenya hujan ribut petir di tengahari.ni kiranya sequel alergik yang paling dahsyat sis pernah kena.Mana x dahsyat nya,aku bantai 3 jenis seafood sekaligus.
Hush!Masa makan tu bukan main nikmat lagi.Gila x sedap.Kotam masak tolur masen wehhh...hahaha.lepas makan tu,kurang dari satu jam ada aura yang aneh sis rasakan.Mula2 panas dia membahang bahagian muka dan telinga.Gatal dia tu bukan main lagi.Muka sis masa tu merah yang hamat.badan jadi panas macam kena demam.ok aku chill lagi bruh.makan panadol je masa tu.ubat alergik xmakan sebab terlupa ubat dah habis.hahah sis odo...😝
Lepas pada tu kan,badan mula naik bintik2 kasar macam korang kena gigit nyamuk tu.Telinga x payah cakap laah,dah macam telinga kuali dah.2 kali lebih besar dri telinga asal.haha.i thought lepass telan ubat dan rileks2 jap alergi ni akan berakhir.Haha aku dibohongi.Ni baru permulaan je.Lepas pada tu sis berulang tandas sekitar 5 ke 6 kali pada hari tu.Cirit birit paling teruk dalam sejarah cirit birit dunia.ok chill lagi.And yang paling cuaknya adalah bengkak2 tu xhilang lagi weh sampai malam.Gatal2 tu bukan main lagi.Pada eaktu malam pulak sis dah mula start loya.Antara pukul 1 pagi hingga la ke pukul 5 pagi ,sis muntah 6 kali dan terus menerus cirit birit.Sakit nya tuhan je yang tahu.seksa yang amat.kalau muntah ada isi tu lain,ni muntah yang keluar air je.muntah hijau yang last2 tu.Ya Allah seksa yangteramatb sangat.
Kesokannya masih sama,alergik masih xhilang dan i keep vomiting and diarrhea again and again.But it's getting better lepas makan ubat tahan muntah and tahan cirit birit.tapi still xboleh nak makan sebab masih rasa loya tu.Sadis sungguh sis rasa.and i was lay on ma bed for the whole day like macam dah nazak sangat dah masa tu sampai la hari ketiga.Hari ketiga tu ternyata sinar masih ada.hahaha..yes im not fully heal on 3rd day but yeah thank God hari ketiga tu dah ok sikit.but still diarrhea tu ada lagi cuma dah kurang dah incl loya2 tu.The last 3 day back then,semua makanan nampak,bau macam ketam.Memang sis dah tobat dh.sis bau ketam pun dah xboleh sekarang.memang anti sangat dah.sebab dalam banyak2 seafood ketam yang sis paling alergik sebenarnya.Ketam kalau makan kaki je pun sis memang dah alergik.Apatah lagi hari tu sis bantai 3 ekor ketam,udang 6 ekor and sotong secukup rasa.hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚matila nakk..
so kat sini nak bagi tahu sikit kalau korang nak tahu alergik x makanan laut,lepas makan korang ada tanda2 ni,sah korang alergik.tapi beza tau dengan resdung.kalau resdung doesn't mean korang alergik.sebab biasa siapa yang resdung makan seafood diaorang akan gatal2 jugak tapi dekat hidung and muka je.kalau alergik dia lain.alergik lagi dahsyat.ni base on pengalaman orang sekeliling jugak la.so ni tanda2 alergik selepas makan:
1~Gatal dan bengkak pada seluruh badan atau sebahagian badan sahaj cth muka,telinga atau hidung.
2~Pening kepala disertai loya dan muntah berulang kali.
3~Badan terasa kepanasan terutama bahagian muka.
4~Cirit birit lebih daripada 2 kali dan perut memulas yang hamat.
5~sesetengah orang boleh jadi sukar bernafas ekoran bengkak dalam badan dan pengsan pun hade.haaa jgn ingat ni biasa2 je.


So sapa2 yang dah tahu alergik tu dah2 laa tu.jangan nak gatal pegi makan benda yang xboleh makan.yang susah nya diri sendiri.yang sakitnya diri sendiri.Aku dah insaf dah.seriuss.memang dah xleh blah dah dengan ketam terutamanya.sotong sis xalergik eh...only udang and ketam.2 ekoq ni memang x sekepala ngan sis.so better xyah makan.kalau teringin sangat sampai meleleh2 air liur tu haaa makan la..xda orang halang pun,cuma make sure bekalan ubat secukupnya.lamakan berbuih mulut nati xpasal pulek..hahaha sis suka menggalakan.nak halang pun xguna.dah tua bangka.hahaha cakap kat diri sendiri ni...ok baiklah uoll.Jaga diri.Kalau jatuh bangun sendiri.okeyh bubye.πŸ’•

Resepi mudah kek marble kek majerin sukatan cawan

Assalamualaikum... Hai... Hari ni sis nak up satu resepi yang sis selalu buat dekat rumah. Resepi ni sangat mudah dan bahan2 pun tak banya...