Monday 20 August 2018

Resepi mudah kek marble kek majerin sukatan cawan

Assalamualaikum...
Hai...
Hari ni sis nak up satu resepi yang sis selalu buat dekat rumah. Resepi ni sangat mudah dan bahan2 pun tak banyak. So resepi ni sis bagi nama resepi KEK MAK AKU๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….kemain kan namanya...sebab mak sis bantai je resepi ni sebenarnya.tup tup sedap...hehehe. sebenarnya ni resepi kek majerin/butter/kadang2 marble.sebabnya beza nya kalau marble ada jalur2 coklat belang2 tu...tapi kalau xbuat belang2 tu jadi laa kek majerin.Banyak pula pendahuluan nya kan. Apapun jom kita tengok apa bahannya!!

Bahan2nya:
 Saya panggil ni resepi 1 adunan:

-3/4 cawan majerin/butter(letak kurang dari satu cawan supaya kek tak berminyak)


-3/4 cawan gula halus(kalau suka manis letak lebih sikit)
*ni gula kasar yang saya blend jadi halus

-2 penutup botol esen Vanilla

-2cawan tepung kek

-4biji telur(kalau telur saiz C pakai 5)


-serbuk koko 2sudu @jem coklat 2 sudu  untuk bagi ada elemen coklat2 je.
(kalau nak buat kek majerin/butter je xperlu letak serbuk koko ni)

See...bahan2 pun sikit je.pakai 5bahan je.kalau u nak buat kek majerin pakai 4bahan je iaitu tepung kek,majerin,esen vanilla dan telur.kalau nak buat marble tambah serbuk koko je..

Cara2nya:

1) masukkan ³/4 cawan majerin dan ³/4 cawan gula. Gaul sekali bagi dia kembang dan sebati...

2) kepuk lagi kepuk lagi kepuk lagi then masukkan telur 4 biji. Nak masukkan sekali pun xpe nak masukkan satu satu pun takpe..kacau lagi.

3) kepuk kepuk kepuk then masuk kan esen vanilla 2tudung botol.

4) kacau lagi kacau lagi kacau lagi. KemudiaN masukkan tepung kek 2cawan.. 

5) Gaul sampai rata dan sebati. Kalau nak buat kek majerin awak dah boleh masukkan adunan ni dalam loyang yang di sapu dengan majerin then bakar.  

6) Tapi kalau nak buat marble cake,adunan tadi awak bahagikan pada 2bekas,A & B...Bekas A letak serbuk koko@jem coklat@milo dan gaul.satu bahagian lagi iaitu bekas B biarkan begitu..

7) waktu masukkan kedalam loyang tu,awak selang selikan dua adunan ni.cthnya mula2 masukkan 1 senduk adunan bekas A 1 senduk adunan bekas B selang seli sampai habis. So baru laa dia jadi belang belang Marble tu..macam dalam gambar ni...


8) So bakar kek tadi pada suhu 160c bottom and top oven. Jangan buka bottom atau buka top sahaja nanti hangus.tertakluk pada jenis oven awak ye.

Just make sure ianya 160c selama berapa minit? Selama kek awak boleh masak laa..hahaha saya sebenarnya tak ukur minit pun.sebabnya kalau saya nak tahu masak ke tak saya cucuk pakai lidi sate..kalau lidi sate tu licin lepas kita cucuk maksudnya masak laa tu.nak pakai cucuk dengan garfu pun boleh.i rasa maybe dalm 30minit lebih2 laa.. So ini la hasilnyaaa....



Apapun selamat mencuba resepi ni.boleh buat minum petang/malam dan pagi...ok byeee๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

#btw Credit to Google untuk gambar telur,majerin,tepung kek,esen vanilla.๐Ÿ˜†๐Ÿ˜˜


Thursday 10 August 2017

Bacelor Sastera Bahasa Jerman UPM

Hallo!
Guten Tag und Guten Morgen uolls..



Okay,kenapa Schwester (hakak) tetiba cakap bahasa Jerman ni??? Sebab tajuk yg nk dikisahkan atau apa yang kita nak mengumpat hari ini ialah berkaitan Bachelor Of Arts in German Language aka Bacelor sastera Pengkhususan Bahasa Jerman di UPM. Bacelor sastera bahasa asing di UPM ni ada 3 tau.First,bahasa jerman,perancis dan bahasa Arab.Tapi iols xpasti jika bahasa arab itu kategori bahasa asing ke atau tidak.Iols hentam je.and satu lagi mungkin ada bahasa lain yang sis tertinggal..Tapi yang nak distorykan disini ialah mengenai bacelor sastera bahasa asing iaitu bahasa jerman.

So,bahasa jerman ni sis sempat lah belajar 2 sem iaitu setahun sebelum bertukar program.Sebenarnya x nak cerita pun,buat malu je.Sebab sis xpandai subjek bahasa jerman sebab tu tukar ke program lain.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ช.hehe.walau bagaimanapun tibe2 sis nak mengenang kembali memori silam tu jadi sis nak cerita la dekat sini.Kalau ada ex course mate yang baca ni,buat2 xtahu je la ye.Buat2 kenal2 x kenal dahlah ye..heheHehe.๐Ÿ˜‚

Okay! Program ni ialah selama 3.5 tahun which is 7 semester.okay spe yg dah ter read post ni,sis edit balik kat part ni ya.7 sem ni semua kelas ye.bukan 6 sem kelas 1 sem praktikal.salah info.haha.so bila korang akan praktikal? intern tu antara sem 6 dan 7.tempoh dia sis xthu mungkin 3 bulan mgkin 2 bulan.So apa yang korang semua akan belajar bila ambik kos ni ialah bukan nya basic sahaja tetapi secara menyeluruh.Dari A sampai Z mengenai Bahasa,budaya,ekonomi,etc Germany.Jangan pandang rendah pada kos ni tau,dengar macam biasa je kan tapi bagi sis la sape yang boleh survive dalam kos ni memang sis salute la sebab yang mereka2 ambik kos ni diaorang belajar memang dahsyat.Subjek semuanya tough tapi dalam masa yang sama best kalau korang boleh enjoy dan rasa gembira masuk kelas bahasa jerman ni.

So program ni mengandungi pelbagai subjek mengenai Germany.hehe.Ok,apa yang sis ingat ingat lupa,antara subjek sem 1 program ini ialah Bahasa Jerman 1.btw,sem 1 korang chill lagi tau.Belajar yang tu je dulu.Subjek bahasa jerman 1 ni macam belajar asas2 je dlu cth; mengira dalam bahasa,kenal dulu perbezaan maskulin,feminine dan natural iaitu das der die tu la and belajar buat ayat simple2.Walaupun ni baru asas tapi boleh tahan pening jugak laa..hehe tapi yang pening nya dalam kelas tu sis sorang je,yang kawan2 sis yang lain semuanya excel.So basically korang yang bakal ambik kos ni boleh berjaya kalau rajin.

Sem kedua pula sis belajar bahasa jerman 2 upgrade dr yang no 1 tu which is lebih susah la.Yang ni dah start buat ayat payah2 and buat karangan pendek.pergh..๐Ÿ˜ƒhehe..subjek kedua plak ialah History of Germany.Ni subjek best.Sebab subjek ni memang banyak kena tengok wayang dalam kelas.Lecturer jerman korang akan selalu pasang movie jerman dan suruh korang tengok and buat macam review la apa yang dah korang belajar dari movie tu.Best tau,Favorite sis The Pianist,Stalingrad dengan apa dah yang movie last skali Adolf Hitler mati tu.Dah lupa dah.Yang Stalingrad versi Russian tu best jugak.Jadinya subjek ni sahaja yang korang akan belajar sem 2.Tapi ada jugak laa subjek lain yang korang kena beljar cthnya subje univ incl few subjek-subjek bahasa inggeris.

So sis sampai sem 2 jela belajar bahasa jerman.Sem 3 tu sis downgrade balik ke sem 1 sebab tukar kos.haha.Tapi menurut my ex coursemate laa sem 3 diaorang belajar penulisan bahasa jerman art , etc.Sem 4 plak diorang belajar komunikasi dalam bahasa jerman,business mengenai german dan ada la 2 3 subjek lagi tu.Nak dipendekkan cerita nya nanti korang akan belajar pasal Germany sampai korang rasa dah mengalir darah bangsa jerman dalam usus korang.melampau ke sis ckp ni?x melampau sebenarnya.sebab sis pun dah  fefeling lahir kat german dah sebab banyak sangat tahu.tapi tu dululah.ni dah darah melayu baliklah.haha.so, Pelancongan,ekonomi,budaya,sosial,politics,dan seangkatan dengannya sampai laa sem last tu korang dah pandai cakap jerman.Dont worry la..Seronok belajar bahasa asing ni tau kalau korang betul minat..Lecturer korang pun nati orang jerman tau.So korang dapat improve lagi laa korang punya skill bercakap tu..hehehe

So macam tu laa mengenai program bahasa jerman ni.Sis pasti peluang kerja korang yang ambik nanti ni akan meluas sebab nya kos ni korang boleh pilih minor human resources tau.plus,ad jugak minor lain ex:penterjemahan,penulisan,etc...tp mostly yang ambik bahasa jerman ni diorang ambik human resources.So peluang kerja nanti mungkin banyak di organisasi2 plus dengan korang yang boleh cakap jerman kan.lagi laa berpeluang besar nak dapat kerja.InshaAllah.


Tapi kan,hari tu sis ad jumpe cikgu sis dan dia ada cakap jugak kawan dia dulu ambil kos bahasa jugak dan sekarang dah jadi cikgu dah.xtanya la bahasa apa tapi dia cakap bahasa asing la.so kemungkinan kos ni pun korang boleh jadi cikgu.tapi maybe kena ambil baliklah kot diploma pendidikan ke apa ke.yang tu sis x pasti sangat lah..syok jugak tu.hehe apa pun good luck la untuk sesiapa yang ambik kos ni.Buat yang terbaik.jangan jadi macam hakak.pemalas.last2 kelaut tapi hakak dah nekad,walaupun iolls dah tukar program still iolls nak ambik Bahasa jerman untuk iolls punya kelas bahasa asing nanti.Rugi tau dah belajar 2 sem ,xkan nak hilang macam tu je ilmu tu kan.Hehehe apa pun viel Glรผck alles..eh betul ke??betul la kot....okay. tschรผss!

Tuesday 8 November 2016

Alergi Seafood


Assalamualaikum...
haaa...kat atas ni gambar yg sis post kat ig tau.Masa sem break hari tu,sis makan besar laa sbb dh lama xbalik umah kan.Ayah sis bukan main lagi borong ketam,udang and sotong kat pasar Dungun tu.So ni my bro yg masak lauk2 ni.Ada ketam telur masin,udang masak cili kering and kerabu sotong.huhuhu...semua sedap2.Ai dah nekad dah.apa nak jadi jadi laa...sis nak melantak jugak lauk2 ni.act sis ada alergik sebenarnya dengan makanan lauk  tapi ketam udang je laa...kalau makan banyak badan akan membengkak and merah2 gatal terutamanya bahagian muka dan telinga.so that day memang sis rancang baik punya startegi kononya pas makan lauk2 ni terus makan ubat alergi.sebab biasanya kalau sis makan siang hari,malam baru bengkak semua tu.
Tapi kusangkakan panas hingga ke petang,rupenya hujan ribut petir di tengahari.ni kiranya sequel alergik yang paling dahsyat sis pernah kena.Mana x dahsyat nya,aku bantai 3 jenis seafood sekaligus.
Hush!Masa makan tu bukan main nikmat lagi.Gila x sedap.Kotam masak tolur masen wehhh...hahaha.lepas makan tu,kurang dari satu jam ada aura yang aneh sis rasakan.Mula2 panas dia membahang bahagian muka dan telinga.Gatal dia tu bukan main lagi.Muka sis masa tu merah yang hamat.badan jadi panas macam kena demam.ok aku chill lagi bruh.makan panadol je masa tu.ubat alergik xmakan sebab terlupa ubat dah habis.hahah sis odo...๐Ÿ˜
Lepas pada tu kan,badan mula naik bintik2 kasar macam korang kena gigit nyamuk tu.Telinga x payah cakap laah,dah macam telinga kuali dah.2 kali lebih besar dri telinga asal.haha.i thought lepass telan ubat dan rileks2 jap alergi ni akan berakhir.Haha aku dibohongi.Ni baru permulaan je.Lepas pada tu sis berulang tandas sekitar 5 ke 6 kali pada hari tu.Cirit birit paling teruk dalam sejarah cirit birit dunia.ok chill lagi.And yang paling cuaknya adalah bengkak2 tu xhilang lagi weh sampai malam.Gatal2 tu bukan main lagi.Pada eaktu malam pulak sis dah mula start loya.Antara pukul 1 pagi hingga la ke pukul 5 pagi ,sis muntah 6 kali dan terus menerus cirit birit.Sakit nya tuhan je yang tahu.seksa yang amat.kalau muntah ada isi tu lain,ni muntah yang keluar air je.muntah hijau yang last2 tu.Ya Allah seksa yangteramatb sangat.
Kesokannya masih sama,alergik masih xhilang dan i keep vomiting and diarrhea again and again.But it's getting better lepas makan ubat tahan muntah and tahan cirit birit.tapi still xboleh nak makan sebab masih rasa loya tu.Sadis sungguh sis rasa.and i was lay on ma bed for the whole day like macam dah nazak sangat dah masa tu sampai la hari ketiga.Hari ketiga tu ternyata sinar masih ada.hahaha..yes im not fully heal on 3rd day but yeah thank God hari ketiga tu dah ok sikit.but still diarrhea tu ada lagi cuma dah kurang dah incl loya2 tu.The last 3 day back then,semua makanan nampak,bau macam ketam.Memang sis dah tobat dh.sis bau ketam pun dah xboleh sekarang.memang anti sangat dah.sebab dalam banyak2 seafood ketam yang sis paling alergik sebenarnya.Ketam kalau makan kaki je pun sis memang dah alergik.Apatah lagi hari tu sis bantai 3 ekor ketam,udang 6 ekor and sotong secukup rasa.hahaha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚matila nakk..
so kat sini nak bagi tahu sikit kalau korang nak tahu alergik x makanan laut,lepas makan korang ada tanda2 ni,sah korang alergik.tapi beza tau dengan resdung.kalau resdung doesn't mean korang alergik.sebab biasa siapa yang resdung makan seafood diaorang akan gatal2 jugak tapi dekat hidung and muka je.kalau alergik dia lain.alergik lagi dahsyat.ni base on pengalaman orang sekeliling jugak la.so ni tanda2 alergik selepas makan:
1~Gatal dan bengkak pada seluruh badan atau sebahagian badan sahaj cth muka,telinga atau hidung.
2~Pening kepala disertai loya dan muntah berulang kali.
3~Badan terasa kepanasan terutama bahagian muka.
4~Cirit birit lebih daripada 2 kali dan perut memulas yang hamat.
5~sesetengah orang boleh jadi sukar bernafas ekoran bengkak dalam badan dan pengsan pun hade.haaa jgn ingat ni biasa2 je.


So sapa2 yang dah tahu alergik tu dah2 laa tu.jangan nak gatal pegi makan benda yang xboleh makan.yang susah nya diri sendiri.yang sakitnya diri sendiri.Aku dah insaf dah.seriuss.memang dah xleh blah dah dengan ketam terutamanya.sotong sis xalergik eh...only udang and ketam.2 ekoq ni memang x sekepala ngan sis.so better xyah makan.kalau teringin sangat sampai meleleh2 air liur tu haaa makan la..xda orang halang pun,cuma make sure bekalan ubat secukupnya.lamakan berbuih mulut nati xpasal pulek..hahaha sis suka menggalakan.nak halang pun xguna.dah tua bangka.hahaha cakap kat diri sendiri ni...ok baiklah uoll.Jaga diri.Kalau jatuh bangun sendiri.okeyh bubye.๐Ÿ’•

Resepi mudah kek marble kek majerin sukatan cawan

Assalamualaikum... Hai... Hari ni sis nak up satu resepi yang sis selalu buat dekat rumah. Resepi ni sangat mudah dan bahan2 pun tak banya...